Friday 14 December 2012

Piramid Makanan - Petikan 2


      Cara hidup yang sihat amat penting kepada badan kita .Cara hidup yang sihat termasuklah pengamalan diet yang sihat,sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal,tidak merokok dan sentiasa mengurangkan stres.Salah satu cara untuk kita sentiasa sihat ialah mengamalkan pemakanan yang betul berdasarkan Piramid Makanan. 

   Piramid Makanan yang merupakan carta makanan yang dikeluarkan oleh Piramid Makanan Malaysia(MFP) bagi merancang pengambilan jenis dan sukatan makanan yang betul setiap hari.Piramid Makanan terbahagi kepada empat aras pemakanan iaitu kumpulan bijiran,sayur-sayuran dan buah-buahan,daging serta susu dan akhir sekali produk tenusu. 

   Aras pertama mewakili bijiri,hasil bijiran dan ubi-ubia.Cotoh makanan dalam aras ini ialah nasi, mi, bubur, mihun, roti, pasta, bijirin, roti, biskut, ubi keledek, keladi, kentang, thosai, capati .Dalam setiap hidangan ,makanan pada aras ini perlu diambil paling banyak.Ini kerana makanan ini banyak mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama disamping membekalkan vitamin,mineral serat dan protein. 

     Aras kedua pula terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.Makanan ini perlu dimakan dengan banyak kerana makanan ini kaya dengan vitamin,mineral dan serat.Pelbagaikan pilihan makanan dalam aras ini setiap kali hidangan. 



     Aras ketiga ialah makanan yang terdiri daripada daging,ayam,ikan dan kekacang.Daging mestilah dibuang lemaknya apabila dimasak.Manakala kekacang seperti kacang soya kacang dhal dan kacang merah merupakan makanan yang rendah lemak tetapi kaya dengan serat.Bagi tenusu pula,ia banyak mengandungi protein,kalsium dan vitamin D seperti susu,dadih dan keju.Makanan ini perlu diambil sederhana dan pilihlah hasil tenusu yang rendah lemak. 

     Aras Empat memerlukan pengambilan yang paling sedikit.Ini adalah kerana pada aras ini makanan seperti lemak,gula dan miyak mudah mendatangkan penyakit seperti obesiti,diabetes dan penyakit jantung. Termasuklah makanan seperti coklat,minuman bergas,kuih-muih yang manis. 

     Oleh itu,sentiasa amalkan keseimbangan,kepelbagaian dan kesederhanaan dalam pengambilan makanan .Makan dalam jumlah yang sederhana dan berhenti apabila kenyang. 



BAHAN-BAHAN SLAID ( POWER POINT )







No comments: