Friday 14 December 2012

Cegah Sebelum Parah - Petikan 1


     Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk,khayal, ketagih,gangguan tingkahlaku dan sebagainya. 

     Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu candu , morfin , heroin dan kokain.Kebanyakan dadah digunakan dalam bidang perubatan bertujuan untuk melegakan kesakitan , menidurkan pesakit dan menenangkan pesakit yang dalam kesakitan.Dadah yang digunakan dalam bidang perubatan adalah mengikut sukatan tertentu berbanding yang diambil oleh para penagih .Itulah penyebabnya mengapa orang yang mengambil dadah akan menjadi penagih. 

     Sebab-sebab remaja terjebak dengan dadah adalah kerana mereka berpendapat telah dewasa,untuk bersama rakan dan diterima di dalam kumpulan ,untuk tenang dan merasa selesa,untuk mengambil risiko yang lebih berani dan memberontak serta beremosi dan untuk memenuhi rasa ingin tahu tentang perkara baru. 

     Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum berkaitan dadah ialah mutu kerja merosot,mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga ,badan selalu tidak bermaya,badan menjadi susut,mata sentiasa berair ,terdapat tanda-tanda suntikan di lengan atau badan penagih , selalu meminjam wang,mengunjungi tempat – tempat terpencil dan berkawan dengan kumpulan penagih. 

     Kesan dadah boleh dilihat dengan jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu.Selain itu maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.Keselamatan hidup masyarakat tidak terjamin dimana sentiasa berlakunya kecurian,rompakan,pembunuhan dan ragut.Selain itu,kos yang tinggi akan ditanggung oleh kerajaan untuk merawat diri penagih di pusat pemulihan. Oleh itu,terdapat beberapa kempen dan slogan dalam usaha mencegah belia terlibat dengan dadah seperti Projek Bersepadu Gerakan Tumpuan(PGT),‘Sayang Anak Anda',Belia Berwawasan Tanpa Dadah,Forum Perdana,Ceramah Agama,Program Keibubapaan dan Kempen Anti Dadah seluruh Negara. 

     Oleh itu, nasihat "JAUHILAH BAHAYA DADAH" dan "JANGAN HAMPIRI DADAH" hendaklah diingat selalu. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan bahaya yang akan dihadapi oleh penagih, di samping membantu mereka mengatasi masalah tersebut.


No comments: