Friday 14 December 2012

Sihat Tanpa Rokok - Petikan 3


     Amalan merokok ibarat membakar diri sendiri.Ini adalan kerana banyak kesan buruk akibat merokok.

Asap rokok menjadikan gigi perokok berwarna kuning.Selain itu,tar daripada asap rokok akan berkumpul di celah-celah gigi dan di hujung gigi menyebabkan gigi perokok mempunyai garis-garis berwarna coklat yang sukar untuk dihilangkan.Kuku perokok pula akan berwarna kekuning-kuningan dan bibir mereka pula kehitam-hitaman.Mereka juga mempunyai bau nafas yang kurang menyenangkan. 

     Merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada perokok tetapi juga terhadap anak dan isteri mereka.Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak,kanser paru-paru dan sakit jantung.Oleh itu,jauhilah rokok untuk membina keluarga yang sihat dan bahagia. 

     Sebenarnya banyak factor yang mempengaruhi seseorang itu merokok.Misalnya banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.Ada juga yang ingin kelihatan lebih hebat dan diterima oleh kelompok tertentu.Tidak kurang juga yang merokok untuk mengatasi tekanan. 

     Menurut kajian,25 peratus daripada jumlah kematian di Negara kita berpunca daripada tabiat merokok.Hal ini demikian, kerana setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.Antara penyakit yang kerap dihadapi oleh perokok ialah kanser paru-paru,sakit jantung,barah mulut dan strok. 

     Oleh sebab tabiat merokok membahayakan kesihatan,tindakan yang tegas perlu dilakukan.Selain “Kempen Berhenti Meokok” serta mengisytiharkan tempat larangan merokok,ibu bapa juga berperanan untuk menjelaskan kesan buruk merokok kepada anak-anak.Pihak sekolah juga patut menghukum murid yang merokok.Maka cita-cita untuk melahirkan masyarakat tanpa rokok mungkin akan terlaksana. 



Piramid Makanan - Petikan 2


      Cara hidup yang sihat amat penting kepada badan kita .Cara hidup yang sihat termasuklah pengamalan diet yang sihat,sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal,tidak merokok dan sentiasa mengurangkan stres.Salah satu cara untuk kita sentiasa sihat ialah mengamalkan pemakanan yang betul berdasarkan Piramid Makanan. 

   Piramid Makanan yang merupakan carta makanan yang dikeluarkan oleh Piramid Makanan Malaysia(MFP) bagi merancang pengambilan jenis dan sukatan makanan yang betul setiap hari.Piramid Makanan terbahagi kepada empat aras pemakanan iaitu kumpulan bijiran,sayur-sayuran dan buah-buahan,daging serta susu dan akhir sekali produk tenusu. 

   Aras pertama mewakili bijiri,hasil bijiran dan ubi-ubia.Cotoh makanan dalam aras ini ialah nasi, mi, bubur, mihun, roti, pasta, bijirin, roti, biskut, ubi keledek, keladi, kentang, thosai, capati .Dalam setiap hidangan ,makanan pada aras ini perlu diambil paling banyak.Ini kerana makanan ini banyak mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama disamping membekalkan vitamin,mineral serat dan protein. 

     Aras kedua pula terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.Makanan ini perlu dimakan dengan banyak kerana makanan ini kaya dengan vitamin,mineral dan serat.Pelbagaikan pilihan makanan dalam aras ini setiap kali hidangan.