Friday, 14 December 2012

Rancangan Pelajaran Harian - Teori Objectivisme SET 1


Tarikh : 17 April 2012                                              Masa : 1 jam

Hari : Selasa                                                              Bil.Pelajar : 25 orang

Kelas : 6 Bistari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan Asas Kesejahteraan

Tajuk : Cegah Sebelum Parah

Objektif : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran ,murid dapat :
  • a. Memberi jawapan yang tepat dengan alasan yang munasabah.
  • b. Membaca dan merujuki pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk yang dipelajari.
  • c. Murid dapat menjawab 5 soalan pemahaman berdasarkan bahan rangsangan.

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah melihat dan mendengar tentang penyalahgunaan dadah pada poster, buku , media massa dan risalah kesihatan.

Konsep :

Bahan : Paparan power point , kertas A4 ( Lembaran kerja ).

Nilai : Bertanggungjawab , Menghargai , Kerjasama

Kemahiran
  •  a. 4.1 Aras 1 ( ii
  • b. 4.1 Aras 1 ( iii )
  • c. 6.1 Aras 2 ( i )


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Set  Induksi
8 minit


Poster

Bersoaljawab berdasarkan poster utuk mendapatkan pengetahuan sedia ada murid.


Murid menjawab soalan lisan guru.


Poster

Langkah 1
10 minit






















Langkah 2
10  minit

Membaca teks “Cegah Sebelum Parah ”.





















Aktiviti 1
Mencari makna perkataan.

Guru mengedarkan  teks “ Cegah Sebelum Parah”  kepada semua murid  dan memilih  beberapa  orang murid  membacanya.

Guru bersoaljawab dengan murid mengenai  isi  teks.

Guru  membuat rumusan  tentang isi teks iaitu “Cegah Sebelum Parah”.


Murid dibahagikan kepada lima kumpulan yang mengandungi 5 orang murid bagi setiap kumpulan.

Murid mencari makna perkataan dengan merujuki kamus.


Murid membaca teks  “Cegah Sebelum Parah”yang  diedarkan  oleh  guru.

Murid  menjawab  soalan  guru  berdasarkan teks  yang dibaca.












Setiap kumpulan  mencari makna perkataan dengan merujuki kamus.

Murid dipilih secara rawak dari setiap kumpulan untuk membentangkan jawapan yang telah dicari.



Teks
Cegah Sebelum Parah “





















Kamus
Lembaran Kerja














Langkah  3
15  minit


Aktiviti 2
Soalan pemahaman

Guru mengedarkan soalan pemahaman kepada murid.

Murid menjawab secara kumpulan.

Setiap kumpulan  menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks “Cegah Sebelum Parah”

Murid  membuat  latihan  pemahaman secara kumpulan.




Murid dipilih secara rawak dari setiap kumpulan untuk membentangkan jawapan yang telah dicari.




Langkah 4
8 minit

Peneguhan

Guru memberikan soalan lisan berdasarkan tajuk pelajaran yang telah dipelajari.

Murid-murid memberikan jawapan secara individu bagi memastikan pemahaman murid tentang tajuk yang dipelajari.






Sunday, 11 November 2012

Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2012




     Majlis Khatam Al Quran Perdana ini merupakan julung-julung kali diadakan di SK Masjid Baru. Majlis tersebut telah diadakan pada 01 November 2012 ( Khamis ) di Dewan SK Masjid Baru. Seramai 60 orang murid terlibat dalam majlis tersebut yang merangkumi murid-murid tahap 2. Sebelum majlis bermula,peserta-peserta khatam telah diarak memasuki dewan dengan diiringi paluan kompang oleh kumpulan kompang SK Masjid Baru dibawah pimpinan Cikgu Normahizal. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Usly bin Abu , Pengerusi JKKK Kampung Abey dan Kampung Pondok Batang. Dalam ucapan beliau, beliau memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini. 


     
Selingan daripada majlis khatam tersebut , telah diadakan persembahan lagu-lagu nasyid daripada murid-murid tahap 2. Setelah selesai majlis,peserta –peserta yang terlibat dengan majlis khatam tersebut telah diberi bunga telur dan pulut kuning hasil sumbangan daripada guru-guru dan ibu bapa murid SK Masjid Baru.