Sunday, 11 November 2012

Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2012




     Majlis Khatam Al Quran Perdana ini merupakan julung-julung kali diadakan di SK Masjid Baru. Majlis tersebut telah diadakan pada 01 November 2012 ( Khamis ) di Dewan SK Masjid Baru. Seramai 60 orang murid terlibat dalam majlis tersebut yang merangkumi murid-murid tahap 2. Sebelum majlis bermula,peserta-peserta khatam telah diarak memasuki dewan dengan diiringi paluan kompang oleh kumpulan kompang SK Masjid Baru dibawah pimpinan Cikgu Normahizal. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Usly bin Abu , Pengerusi JKKK Kampung Abey dan Kampung Pondok Batang. Dalam ucapan beliau, beliau memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini. 


     
Selingan daripada majlis khatam tersebut , telah diadakan persembahan lagu-lagu nasyid daripada murid-murid tahap 2. Setelah selesai majlis,peserta –peserta yang terlibat dengan majlis khatam tersebut telah diberi bunga telur dan pulut kuning hasil sumbangan daripada guru-guru dan ibu bapa murid SK Masjid Baru.





Tuesday, 2 October 2012

Majlis Jamuan Hari Raya 2012


     Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini akan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis yang diadakan di kantin sekolah melibatkan semua guru,staff sekolah serta semua murid-murid. Semua yang terlibat akan membawa kuih muih dari rumah di samping jamuan makan yang disumbangkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah ( BKGK ).