Thursday, 6 September 2012

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2012


     Majlis ini telah diadakan pada 06 September 2012 ( Khamis ) yang bertempat di Masjid Nurul Huda, Kampung Masjid Baru. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2012 diketuai oleh Imam 1 Masjid Nurul Huda iaitu Hj. Hasan bin Hj Ja’afar. Dalam majlis ini , bukan sahaja hanya melibatkan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012 pada tahun ini di samping guru-guru SK Masjid Baru , malah dalam majlis ini jua selain daripada ibu bapa murid-murid tahun 6 , terlibat juga masyarakat kampung tersebut.

     Selepas selesai majlis , diadaka juga sedikit jamuan ringan di kantin sekolah.









Saturday, 7 July 2012

Kejohanan Sukan Tahunan 2012 SK Masjid Baru


     Kejohanan ini telah diadakan pada 28 Jun 2012 bertempat di Padang Awam Kampung Masjid Baru.Kejohanan yang diadakan pada setiap tahun ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Perumal A/L Raju iaitu ADUN Asahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian. 


     Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid SK Masjid Baru yang mewakili empat buah rumah sukan iaitu Garuda ( Rumah Biru ) yang merupakan juara kejohanan pada tahun lepas, Merak ( Rumah Merah ), Helang ( Rumah Hijau ) dan Rajawali ( Rumah Kuning ). 

     Sebelum kejohanan sebenar bermula,telah diadakan latihan rumah sukan yang dijalankan pada waktu kokurikulum.Latihan ini dijalankan bertujuan untuk menyiapkan ahli-ahli rumah sukan agar bersedia dan memahami peraturan dan undang-undang setiap acara yang akan dipertandingkan.Selain itu , ia juga bertujuan untuk memudahkan guru-guru rumah sukan untuk memilih peserta-peserta bagi mewakili rumah sukan masing-masing di kejohanan sukan tahunan yang sebenar.Selain itu juga,diadakan sukantara selama 3 hari bagi memungut mata bagi setiap rumah sebelum kejohanan sebenar. 


     Pada hari kejohanan,pelbagai acara diadakan dengan penyertaan wakil peserta setiap rumah.Peserta-peserta yang mengambil bahagian telah cuba sedaya upaya untuk memenangi acara yang disertai bagi memungut mata untuk rumah masing-masing dengan semangat kesukanan.Selain daripada acara sukan,telah juga diadakan persembahan senamrobik selepas acara perasmian.



     Selain itu,dalam kejohanan sukan tahunan ini juga,dilibatkan penyertaan ibu bapa dalam acara – acara tertentu seperti baling pundi kacang ke dalam bakul , memukul bola hoki ke dalam bakul dan sebagainya. 

     Pada kemuncak kejohanan,Merak iaitu Rumah Merah ditabalkan sebagai johan pada tahun ini.Manakala Olahragawan pula disandang oleh adik Muhammad Aiman bin Mohd Rizal dari rumah Kuning dan adik Nur Fadhila biti Rosli dari rumah Merah sebagai Olahragawati.