Friday, 14 December 2012

Sihat Tanpa Rokok - Petikan 3


     Amalan merokok ibarat membakar diri sendiri.Ini adalan kerana banyak kesan buruk akibat merokok.

Asap rokok menjadikan gigi perokok berwarna kuning.Selain itu,tar daripada asap rokok akan berkumpul di celah-celah gigi dan di hujung gigi menyebabkan gigi perokok mempunyai garis-garis berwarna coklat yang sukar untuk dihilangkan.Kuku perokok pula akan berwarna kekuning-kuningan dan bibir mereka pula kehitam-hitaman.Mereka juga mempunyai bau nafas yang kurang menyenangkan. 

     Merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada perokok tetapi juga terhadap anak dan isteri mereka.Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak,kanser paru-paru dan sakit jantung.Oleh itu,jauhilah rokok untuk membina keluarga yang sihat dan bahagia. 

     Sebenarnya banyak factor yang mempengaruhi seseorang itu merokok.Misalnya banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.Ada juga yang ingin kelihatan lebih hebat dan diterima oleh kelompok tertentu.Tidak kurang juga yang merokok untuk mengatasi tekanan. 

     Menurut kajian,25 peratus daripada jumlah kematian di Negara kita berpunca daripada tabiat merokok.Hal ini demikian, kerana setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.Antara penyakit yang kerap dihadapi oleh perokok ialah kanser paru-paru,sakit jantung,barah mulut dan strok. 

     Oleh sebab tabiat merokok membahayakan kesihatan,tindakan yang tegas perlu dilakukan.Selain “Kempen Berhenti Meokok” serta mengisytiharkan tempat larangan merokok,ibu bapa juga berperanan untuk menjelaskan kesan buruk merokok kepada anak-anak.Pihak sekolah juga patut menghukum murid yang merokok.Maka cita-cita untuk melahirkan masyarakat tanpa rokok mungkin akan terlaksana. 



Piramid Makanan - Petikan 2


      Cara hidup yang sihat amat penting kepada badan kita .Cara hidup yang sihat termasuklah pengamalan diet yang sihat,sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal,tidak merokok dan sentiasa mengurangkan stres.Salah satu cara untuk kita sentiasa sihat ialah mengamalkan pemakanan yang betul berdasarkan Piramid Makanan. 

   Piramid Makanan yang merupakan carta makanan yang dikeluarkan oleh Piramid Makanan Malaysia(MFP) bagi merancang pengambilan jenis dan sukatan makanan yang betul setiap hari.Piramid Makanan terbahagi kepada empat aras pemakanan iaitu kumpulan bijiran,sayur-sayuran dan buah-buahan,daging serta susu dan akhir sekali produk tenusu. 

   Aras pertama mewakili bijiri,hasil bijiran dan ubi-ubia.Cotoh makanan dalam aras ini ialah nasi, mi, bubur, mihun, roti, pasta, bijirin, roti, biskut, ubi keledek, keladi, kentang, thosai, capati .Dalam setiap hidangan ,makanan pada aras ini perlu diambil paling banyak.Ini kerana makanan ini banyak mengandungi karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama disamping membekalkan vitamin,mineral serat dan protein. 

     Aras kedua pula terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.Makanan ini perlu dimakan dengan banyak kerana makanan ini kaya dengan vitamin,mineral dan serat.Pelbagaikan pilihan makanan dalam aras ini setiap kali hidangan. 


Cegah Sebelum Parah - Petikan 1


     Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk,khayal, ketagih,gangguan tingkahlaku dan sebagainya. 

     Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu candu , morfin , heroin dan kokain.Kebanyakan dadah digunakan dalam bidang perubatan bertujuan untuk melegakan kesakitan , menidurkan pesakit dan menenangkan pesakit yang dalam kesakitan.Dadah yang digunakan dalam bidang perubatan adalah mengikut sukatan tertentu berbanding yang diambil oleh para penagih .Itulah penyebabnya mengapa orang yang mengambil dadah akan menjadi penagih. 

     Sebab-sebab remaja terjebak dengan dadah adalah kerana mereka berpendapat telah dewasa,untuk bersama rakan dan diterima di dalam kumpulan ,untuk tenang dan merasa selesa,untuk mengambil risiko yang lebih berani dan memberontak serta beremosi dan untuk memenuhi rasa ingin tahu tentang perkara baru. 

     Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum berkaitan dadah ialah mutu kerja merosot,mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga ,badan selalu tidak bermaya,badan menjadi susut,mata sentiasa berair ,terdapat tanda-tanda suntikan di lengan atau badan penagih , selalu meminjam wang,mengunjungi tempat – tempat terpencil dan berkawan dengan kumpulan penagih. 

     Kesan dadah boleh dilihat dengan jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu.Selain itu maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.Keselamatan hidup masyarakat tidak terjamin dimana sentiasa berlakunya kecurian,rompakan,pembunuhan dan ragut.Selain itu,kos yang tinggi akan ditanggung oleh kerajaan untuk merawat diri penagih di pusat pemulihan. Oleh itu,terdapat beberapa kempen dan slogan dalam usaha mencegah belia terlibat dengan dadah seperti Projek Bersepadu Gerakan Tumpuan(PGT),‘Sayang Anak Anda',Belia Berwawasan Tanpa Dadah,Forum Perdana,Ceramah Agama,Program Keibubapaan dan Kempen Anti Dadah seluruh Negara. 

     Oleh itu, nasihat "JAUHILAH BAHAYA DADAH" dan "JANGAN HAMPIRI DADAH" hendaklah diingat selalu. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan bahaya yang akan dihadapi oleh penagih, di samping membantu mereka mengatasi masalah tersebut.


Rancangan Pelajaran Harian - Teori Konstruktivisme SET 3



Tarikh : 17 April 2012                                             Masa : 1 jam

Hari : Selasa                                                            Bil.Pelajar : 25 orang

Kelas : 6 Bistari.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan Asas Kesejahteraan.

Tajuk : Sihat Tanpa Rokok.

Objektif : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran , murid - murid dapat :

  • a. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 
  • b. Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. 
  • c. Murid dapat membina silang kata yang diberi. 

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah melihat rokok , poster rokok , buku,risalah kesihatan dan papan kempen rokok.

Konsep :

Bahan : kertas sebak , marker pen , bahan maujud .

Nilai : Bersyukur,Menghargai , Menjaga Kesihatan.

Kemahiran :
  •  a. 6.1 Aras 1 ( i ) 
  • b. 5.2 Aras 1 ( ii )


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Set Induksi
7 minit

Kempen Berhenti Merokok

Guru bersoaljawab tentang kempen berkaitan rokok.

Guru menerangkan bahawa merokok satu amalan yang tidak sihat kepada kesihatan diri perokok dan orang yang berada di sekeliling perokok.

Murid menyatakan jawapan secara lisan.

Bahan Maujud
Papan Dilarang Merokok.

Langkah 1
10 minit





Langkah 3
10 minit

Paparan Power Point
Berkaitan Rokok




Teks Bacaan :
“ Sihat Tanpa
   Rokok”


Guru menerangkan  lebih lanjut tentang rokok dengan gunakan
Power point.


Guru mengedarkan teks bacaan yang berkaitan dengan tajuk.


Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.



Murid membaca teks secara kelas.
Soaljawab secara lisan tentang teks yang dibaca.

Slaid power point.





Teks Bacaan.





Langkah 4
12 minit

Aktiviti 1
Soalan Pemahaman

Guru mengedarkan lembaran kerja menjawab soalan pemahaman.

Murid menjawab 5 soalan pemahama yang dikemukakan.
Guru memilih 5 murid untuk membentangkan jawapan bagi mengetahui pemahaman murid tentang tajuk.




Lembaran kerja:
1.            1. Soalan Pemahaman.
2.            2.  Kertas Jawapan.










Langkah 5
12 minit

Aktiviti 2
Teka Silag Kata

Guru mengedarkan kertas permainan silang kata kepada murid.
Murid dibahagika kepada 3 kumpulan.

Murid membuat aktiviti secara kumpulan.
Setiap ketua kumpulan membentangkan 7 jawapan daripada keseluruhan soalan sebanyak 21 soalan teka silang kata.





Kertas soalan teka silang kata.

Langkah 6
8 minit

Aktiviti Peneguhan

Guru menyoal secara lisan berkaitan tajuk  yang telah dipelajari.


Murid yang dipilih menjawab secara lisan .










Rancangan Pelajaran Harian - Teori Objectivisme SET 3



Tarikh : 17 April 2012                                                                Masa : 1 jam

Hari : Selasa                                                                               Bil.Pelajar : 25 orang

Kelas : 6 Bistari.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan Asas Kesejahteraan.

Tajuk : Sihat Tanpa Rokok.

Objektif : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran , murid - murid dapat :

  • a. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 
  • b. Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. 
  • c. Murid dapat membina silang kata yang diberi. 

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah melihat rokok , poster rokok , buku,risalah kesihatan dan papan kempen rokok.

Konsep :

Bahan : kertas sebak , marker pen , bahan maujud .

Nilai : Bersyukur,Menghargai , Menjaga Kesihatan.

Kemahiran :

  •  a. 6.1 Aras 1 ( i ) 
  • b. 5.2 Aras 1 ( ii )


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Set Induksi
7 minit

Kempen Berhenti Merokok

Guru bersoaljawab tentang kempen berkaitan rokok.

Guru menerangkan bahawa merokok satu amalan yang tidak sihat kepada kesihatan diri perokok dan orang yang berada di sekeliling perokok.

Murid menyatakan jawapan secara lisan.

Bahan Maujud
Papan Dilarang Merokok.

Langkah 1
10 minit





Langkah 3
10 minit

Paparan Power Point
Berkaitan Rokok




Teks Bacaan :
“ Sihat Tanpa
   Rokok”


Guru menerangkan  lebih lanjut tentang rokok dengan gunakan
Power point.


Guru mengedarkan teks bacaan yang berkaitan dengan tajuk.


Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.



Murid membaca teks secara kelas.
Soaljawab secara lisan tentang teks yang dibaca.

Slaid power point.





Teks Bacaan.





Langkah 4
12 minit

Aktiviti 1
Soalan Pemahaman

Guru mengedarkan lembaran kerja menjawab soalan pemahaman.

Murid menjawab 5 soalan pemahama yang dikemukakan.
Guru memilih 5 murid untuk membentangkan jawapan bagi mengetahui pemahaman murid tentang tajuk.




Lembaran kerja:
1.            1. Soalan Pemahaman.
2.            2.  Kertas Jawapan.










Langkah 5
12 minit

Aktiviti 2
Teka Silag Kata

Guru mengedarkan kertas permainan silang kata kepada murid.
Murid dibahagika kepada 3 kumpulan.

Murid membuat aktiviti secara kumpulan.
Setiap ketua kumpulan membentangkan 7 jawapan daripada keseluruhan soalan sebanyak 21 soalan teka silang kata.





Kertas soalan teka silang kata.

Langkah 6
8 minit

Aktiviti Peneguhan

Guru menyoal secara lisan berkaitan tajuk  yang telah dipelajari.


Murid yang dipilih menjawab secara lisan .



Rancangan Pelajaran Harian - Teori Konstruktivisme SET 2



Tarikh : 17 April 2012                                                            Masa : 1 jam

Hari : Selasa                                                                           Bil.Pelajar : 25 orang

Kelas : 6 Bistari.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan Asas Kesejahteraan.

Tajuk : Piramid Makanan

Objektif : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran , murid - murid dapat :

  • a. Membaca dan mengimbas fakta yang relevan daripada pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat. 
  • b. Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. 
  • c. Murid dapat mencari kata dasar berdasarkan 5 perkataan berimbuhan dalam teks. 

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah melihat piramid makanan pada poster, buku dan risalah kesihatan.

Konsep :

Bahan : Paparan power point(Piramid Makanan)kertas sebak,marker pen, bahan maujud dan kad imbasan .

Nilai : Bersyukur,Menghargai , Menjaga Kesihatan.

Kemahiran : 
  •  a. 1.2 Aras 1 ( ii ) 
  • b. 5.2 Aras 1 ( ii )



Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Set Induksi
7 minit

Sarapan Pagi
1.    Roti Canai.
2.    Nasi Lemak.
3.    Nasi Goreng.
4.    Mi Goreng
5.    Air Teh.
6.    Air Milo


Guru bersoaljawab tentang sarapan pagi murid sebelum ke sekolah.

Guru menerangkan bahawa makanan tersebut terdapat dalam Piramid Makanan.


Murid menyatakan jawapan secara lisan.

Bahan Maujud
1.  Roti Canai.
2.     Nasi Lemak.
3.     Nasi Goreng.
4.     Mi Goreng
5.     Air Teh.
6.    Air Milo


Langkah 1
10 minit

Membaca teks:
“Piramid    Makanan”
Soaljawab berdasarkan teks yang telah dibaca.



Guru mengedarkan teks kepada murid dan murid membaca secara kelas.
Guru bersoaljawab dengan murid mengenai isi teks.
Guru membuat rumusan teks yang telah dibaca.



Murid membaca teks Piramid Makanan.
Murid menjawab soalan guru berdasarkan teks yang telah dibaca.

Teks Piramid Makanan.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Langkah 2
10 minit

Carta Piramid Makanan

Penerangan guru tentang aras Piramid Makanan serta kumpulan makanan mengikut aras dengan paparan Power Point
Guru menyoal murid tentang makanan sarapan pagi berdasarkan Piramid Makanan.


Murid melihat paparan Power Point.
Murid menyatakan secara lisan berdasarkan Piramid Makanan yang ditunjukkan.

Power Point.

Langkah 3
10 minit

Aktiviti 1

Menulis makanan mengikut aras berdasarkan piramid makanan.
Seorang murid menayangkan kad imbasan  kepada rakannya.

Murid yang dipilih menulis makanan di dalam kertas sebak berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan mengikut kumpulan dalam Piramid Makanan





Kertas Sebak
Kad Imbasan
Maker pen

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Langkah 4
15 minit

Latihan Tatabahasa
( Kumpulan )

Kumpulan A
Membina 5 ayat tanya berdasarkan Piramid Makanan.
Kumpulan B
Menulis jawapan pemahaman berkaitan Piramid Makanan.
Kumpulan C
Menulis 5 kata dasar berpandukan perkataan yang diberi oleh guru berdasarkan Piramid Makanan.

Murid menulis jawapan berdasarkan soalan dan arahan guru
Ketua kumpulan membentangkan jawapan di hadapan kelas.


Kertas sebak.
Marker pen.

Langkah 5
8 minit

Aktiviti Peneguhan

Guru menyoal secara lisan berkaitan Piramid Makanan yang telah dipelajari.


Murid yang dipilih memberikan jawapan kepada guru