Sunday 11 November 2012

Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2012




     Majlis Khatam Al Quran Perdana ini merupakan julung-julung kali diadakan di SK Masjid Baru. Majlis tersebut telah diadakan pada 01 November 2012 ( Khamis ) di Dewan SK Masjid Baru. Seramai 60 orang murid terlibat dalam majlis tersebut yang merangkumi murid-murid tahap 2. Sebelum majlis bermula,peserta-peserta khatam telah diarak memasuki dewan dengan diiringi paluan kompang oleh kumpulan kompang SK Masjid Baru dibawah pimpinan Cikgu Normahizal. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Usly bin Abu , Pengerusi JKKK Kampung Abey dan Kampung Pondok Batang. Dalam ucapan beliau, beliau memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini. 


     
Selingan daripada majlis khatam tersebut , telah diadakan persembahan lagu-lagu nasyid daripada murid-murid tahap 2. Setelah selesai majlis,peserta –peserta yang terlibat dengan majlis khatam tersebut telah diberi bunga telur dan pulut kuning hasil sumbangan daripada guru-guru dan ibu bapa murid SK Masjid Baru.